March 20, 2012

Sesi Me'nyetim'...


Balik AS hari tu sempat jugak merasmikan set sauna Mak......., kat sini Mummy tempek gambar Miss10 sebab Mummy punya gambar agak bam bam sket.... Dalam periuk tu Mummy letak rempah ratus, memang best ah dok dalam ni......terasa masak semua daging-2....

Miss10 duduk dalam tu bertahan hanya 15 minit sahaja....
She tried so hard...sian anak Mama, dia nak kurus tang pewwot......ihhihihhi, tu la kuat makan lagi..!!!!

Semangat Kejiranan Masih Kuat Lagi...


Entry ni sepatutnya Mummy masukkan awal Januari hari tu, tapi disebabkan sibuk tak tentu hala, hari ni baru ada masa nak upload foto-2 tu semua... Foto-2 ni semua adalah 'makan malam bersama jiran tetangga' sempena menyambut tahun bari 2012. Alaaa.... makan pon tak jauh mana hanya di sinun...... Restoran Maisarah Tom Yam.....sedap-2 lauknya.

Ramai jiran yg menyertai makan malam tu....semua suka dan seronok sebab dapat makan bersama dan berbual-2 dari satu cerita ke satu cerita, walaupun rumah dekat tapi tak dak masa nak gebang-2 sebab memasing balik kerja terus masuk rumah buat kerja rumah pulak (mommies la tu...)

Melihat keletah anak-2 bila mengadap makanan macam-2 hal....nak itu nak ini.....tak nak itu tak nak ini....

Geng Mommies selonggok.....makan borak...makan borak....pastu terkekek-2 gelak....happy jer....itu namanya sayang jiran.....selisih faham dapat diatasi jika ada tolak ansur...jangan pentingkan diri sendiri, kalau nak berlagak tak tentu pasal dok dalam hutan belakang tu....

Kami selalu jugak buat perjumpaan dengan makan bersama TAPI BUKAN mandi bersama ek... ooopppssss terlebih sudah!!! OK Mommies and Daddies semua......sayang you ollzzz..!!!

*** sorry gambor gelap...sebab nak nampak mood romantik ngan jejiran hihhiii...

Lapar...jom mamam kat Bangi Kopitiam



"Mama adik lapar laaa.....", adoiii ingatkan hari sabtu boleh memanjangkan badan dan bermalas-malasan tapi apakan daya, anak punya pasal pergi la mencari makanan.... Makanan kegemaran Miss10, apalagi kalau bukan LAKSA..nasib baik ada kat Bangi Kopitiam nih....
Laksanya lebih kepada assam laksa style Penang....dan air kegemaran Miss10 sudah tentu air barli suam.....

Mummy masih lagi dalam mood diet...so order rojak buah je lah......, ada buah kedondong, sengkuang dan nanas. Kombinasi buah masam manja, manis ngan masam manis masam nyewwww....... Kuah pencolek dia pulak boleh tahan rasanya....ditabur ngan bijan.


Hahahaha...diet katernyer yer, pekena nasi ayam la weiiiiii, baru betui, anyway nasi dia pun cuma semangkuk tecit ja....bukan seperiuk... Nasi ayamnya pon rasa ok....., malam tak yah makan dah....!!!

March 16, 2012

Pulut Kuning Happy B'day To Me...!!!!

Walaupun usia menginjak 39, tapi hati Mummy masih teringin nak meraikan walaupun di senyum sinis oleh PapaVaio. Ada aku kesahhhhhh....!!!! Janji hati bahagia dalam gelora...aik lain macam bunyi Mummy nih....awat cheeeq...?

Ini kari daging berkerisik, resepi dari Chef Hanieliza (buku masak 365 hari/menu)....sedap dan tak terasa sangat kerisik nyer....kira nyaman-2 makannya....puji diri sendiri jangan tak puji...

Ini pulak pulut kuning yg masih tak berangkat dari kuali kukus sudah diceduk sebab dah tak dan dan anak-2 nengok pulut panas tu untuk di mamam dengan lahapnya....
Pesanan Mummy....meriahkan sambutan hari lahir anda dengan cara anda .....happy belated b'day to myself!!!

March 15, 2012

Selamat Hari Lahir buat diriKu...

39th Birthday is Today

Selamat Hari Lahir buat diriku hari ini...!!!
Ramai kenalan telah mengucapkan 'selamat hari jadi' buat Mummy hari ini baik di FB, call/sms mahupun secara bersemuka. Sayang you all kat Mummy ek..!!!



Hopefully Mummy dapat pakai balik baju t-shirt ngan kebaya macam si Vanidah pakai tu....slim melim, sekarang nih sedang berhempas pulas menyelimkan badan yg dah kertu nih...especially tang pewwwoot tu......bak kata Mendiang Lucille Ball, the secret of staying young is to live honestly, eat slowly and lie about your age....(ada kena mengena ker tu..?)


Macam teringin jer nak beli kek macam kat atas tu, tapi family Mummy ni kurenggg bab makan kek-2 nih......depa suka makan makan pulut kuning ja.....adoiiiii!!!! Bila masa pulak nak merendam pulut bagai nak buat kek pulut kuning....tak dan la.....tak pa sat gi kita buat kalau sempat ek...!


Mummy ada terbaca doa sempena hari lahir dlm website nih , sungguh syahdu dan bertepatan dgn tujuan kita dihidupkan di dunia yg fana ini, sama-2 kita baca dan renungkan:

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.

March 14, 2012

Nasi Biryani Masala

Hamboih hamboih hamboih.....
Sekali update blog macam buat novel Ombak Rindu...!
Salam sayang semua....sempena cuti sekolah ni, Mummy dapatlah beraksi semula di dapur macam dolu-2. Memenuhi permintaan anak-2 yg nak nasi beriani ala-2 Restoran Insaf kat Jalan TAR tu. Setelah di rekemen dek Mak Mummy kat AS tempohari dan dah rasa kesedapan rempah Shan ni, Mummy pun pergi mencari bahan-2 tu semalam ngan 2 anak daras Mummy...si Miss12 ngan Miss8 kat Cold Storage WW.


Mengikut resepi kat belakang kotak tu, tersebutlah kisah sebuah cerita di mana Mummy buat step by step tapi cuba menderhaka mana yg patut utk menambahkan kesedapan mengikut lidah family ni....abis dah kita nak sedap...masuk je lah apa2 pun asalkan tak masuk belacan. Orang Pakistan makan belacan ker?
Kepada mereka yg sudah mencuba resepi ni....tengoklah pulak resepi Mummy, lebih kurang sama jer, ok, antara bahan2nya ialah..:

  • 750 gm beras Pusa 1121 (Jasmine) - rendam lebih kurang 15 minit
  • 1 kg daging batang pinang - dipotong kiub (besar-2)
  • 5 biji bawang besar - dihiris nipis-2
  • 3 biji tomato - dipotong dadu
  • 1/2 cawan daun ketumbar - cincang
  • 1/2 cawan daun pudina - cincang
  • 1 cawan yogurt
  • 1 cawan minyak masak/ghee/butter
  • 1 kotak rempah briyani masala Shan
  • biji gajus
  • kismis
Cara masak nasinya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk...Mummy masukkan minyak jagung + butter, sbb PapaVaio tak makan minyak sapi, so pandai-2lah nak adjust tekak tu yer. Goreng dulu bawang merah hingga keemasan.
  2. Masukkan air dalam 4 cawan + daging yg dah dipotong dadu. Biar mereneh agak lama sikit supaya daging tu lembut...eceli guna daging batang pinang ni tak banyak ragam so...pandai-2lah nak hidup yer....
  3. Setelah agak dalam 10 minit gitu...masukkan tomato, yogurt, rempah Shan, gajus +kismis....masak lagi dalam 5 minit.
  4. Beras yg sudah direndam tu...basuh macam biasa dan tapis. Kemudian masukkan dalam periuk bahan tumisan tadi....kacau mesra betul-2 kemudian tambah air dalam 3 1/2 cawan dan alihkan ke dalam periuk nasi elektrik sambil diselang seli taburan daun ketumbar dan daun pudina.
  5. Masakkan nasi seperti biasa. Dah masak, kais ngan chopstick utk mesrakan di antara satu sama lain....heheeheh, bahasa main bedal jerrr....asalkan faham udah....faham ker??


Yang ni pulak air asam Datin Hajjah Kamariah.....
Uisssshhhhh.....Mak Mummy punyer resepi nih..., kalau nak cuba...try lah..:
  • buah tomato - potong dadu
  • bawang ros - potong dadu
  • kerisik
  • cili api - potong dadu
  • air asam jawa
  • air limau
  • gula
  • garam

Yang ni pulak Raita Timun dan Tomato...yang ni Mummy ceduk kat Pak Google...jadi la pulok:
  • 2 cawan yogurt - pukul sikit
  • 1 timun - sagat nipis-2
  • 2 tomato - pootng dadu
  • 2 cili hijau - potong kecil-2
  • 1/2 sudu teh jintan putih - goreng dan kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam - goreng dan kisar
  • daun ketumbar - potong halus/carik-2 jer
  • garam
Semua bahan-2 tu gaul rata dan sejukkan dalam peti ais.....memang sedap..!!!

Ini versi dalam pinggan makan.....tapi ada 1 masakan yg tak der......jeng jeng jeng....kuah kari. Macamana makan nasi beriani tak de kuah kari/kuah dal.....Sebenornyer Mummy dah letih, Mummy suruh Papa Vaio pegi beli kat Restoran Taqwa jer.....habis cerita....ahaksss.

Beginilah kisah Mummy hari ni....di dapur menyiapkan juadah gilang gemilang sempena cuti sekolah + dengan cuaca mendung ala-2 kat Cameron Highlands....Selamat Bercuti semua dan Selamat Mencuba..!!

March 13, 2012

Restoran Laksa Pak Ngah, Kuala Kangsar

Ni nak ngabor kan citer balik kampung tahun lepas. Punyer lah dah lama bebenor tak ke Kuale (Kuala Kangsar)....cadangannya nak makan laksa kat Lembah, tapi bila lalu jer nempoh Stesen Ketapi nampok le pulok Restoran Laksa Pak Ngah betui-2 tepi Pizza Hut...cantekkkkk....!!

Makan memang puas ler....mangkuk pon bapok besor.....alhamdulillah dapat jugak balik makan laksa Pak Ngah....